Wednesday, November 22, 2017

Berpantang czer

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Almaklumla dah ada baby lagi busy memanjang. Hihi. Last post aku ada cerita pasai permohonan nikah kan, kali ni aku skip semua cerita pasai nikah, wedding, dgn pregnant.Sebab tengah berpantang so mood mai nak cerita pasai pantang ja. Hihi.

Hari ni hari ke-37 aku berpantang. Setakat ni boleh survive lagi la. Bab makan aku tak kisah sangat. Yang mencabar semasa pantang masa nak bf baby masa awal bersalin dulu. Dgn masalah nipple crack.Sebab tu jugak baby aku dah tak mau bf. Fully fm ja sekarang. Dapat rasa bf seminggu setengah ja. Huhuhu. Tapi takpala asalkan anak aku membesar dengan sihat ja.

By the way, aku bersalin secara emergency czer sebab fetal distress. Bukaan cuma 6cm lepastu ctg baby tak cantik terus tolak ke ot. Redha ja kena bedah masa tu. Fobia bila ingat balik. Huhu

Cara aku jaga luka czer semasa pantang ni ialah cuci dengan air suam guna kapas. Pastu aku lap dengan tisu bersih. Pastu baru guna hair dryer untuk keringkan. Ni rutin yang aku buat tiap kali lepas mandi. Sebelum ni aku mandi tutup tempat luka dengan plastik. Selepas 30 hari baru berani mandi macam biasa. Akibatnya tempat luka aku tu jadi berbau. Sebab peluh dan bekas gam spray yang doc sembuq lepas bersalin haritu. Sebelum ni aku perasan memang berbau tapi aku buat dek ja. Haha. Bukannya apa, perut aku berlipat,tak nampak luka. Husband plak pjj nak mintak tolong cuci. Sebab buat sendiri yang tak bersih sepenuhnya tu. Masa check up kat kk pada hari ke 35 misi cakap berbau sangat tempat luka tu dan misi buat dressing(cuci tempat luka). Misi advice suruh mandi macam biasa dan gosok pelan2 dengan air semasa mandi. Lepas dah kena tegur baru aku buat siap guna sabun dettol lagi sental pelan2. Lepas tu rutin biasala lap kering dgn tisu dan hair dryer. Pengajarannya jaga la luka czer tu elok2 sampai bersih dan kering ya. Huhu.

Dari segi bab makan plak, mama aku yang sediakan. Antara menu pagi ialah kopi o, horlick, elcafe, air coklat, biskut kering, roti coklat,apam,kuih lapis,lempeng kosong, roti arab, tosai, tepung talam, cucur bawang ikan bilis, cucur kembung manis. Menu tengahari plak antaranya ikan selar,bawal putih, tenggiri, haruan fresh,haruan kering,ikan talang, ikan kerisi, ayam. Mostly buat masak singgang,sup,masak asam, goreng. Hihihi. Paling aku suka ayam masak asam la. Sayur plak semua masak air. Sawi, bayam,brocoli,carrot. Makan malam plak masa dua minggu awal ja aku makan nasi lauk sama macam tengahari. Lepas dua minggu aku cuma makan biskut kering atau roti cicah kopi o, air coklat,elcafe,white coffee untuk makan malam (pukul 6pm). Kafein mmg wajib aku minum tiap hari sebab mata aku tak tahan. Cepat ngantuk. Yala,tengah malam aku sorang ja handle baby untuk bancuh susu dan tukar pampers bila perlu. Suami plak pjj,kena berdikari la. Huhu. Tapi kira okay la waktu siang aku boleh cover tidur. Masa tu parents dengan kak aku tolong jaga baby.hihi

Bengkung aku tak pakai. Tak berani. Tapi ada try pakai girdle elken rasa mcm ketat sangat. Takut plak sebab luka dalam luar belum pulih sepenuhnya. So nak tunggu lama sikit baru pakai. Diet ja la buat masa la ni. Hihi

Jamu aku tak makan. Aku makan supplement elken iaitu spirulina,elg6, esterC,dan ld venus. Alhamdulillah rasa bertenaga setakat ni.

Walaupun czer aku tetap urut plus bertungku cuma tak kacau perut la. Aku upah tukang urut rm240 untuk 3 hari. Aku start urut selepas dua minggu bersalin. Price tu untuk urut saja plus tungku herba free. Agak pricey kat area kedah ni tapi best dia urut walaupun sakit dan masa tu jugak aku  tengah bengkak susu. So sakit yang tu lebih dari sakit masa mengurut. Huhu. Btungku plak tiap malam aku letak kat bahagian kaki betis,paha,punggung dan pinggang. Tuam sikit2 ja. Berat kot nk pegang. Huhu.

Amalan berpantang lain yang aku buat ialah aku pakai stokin sepanjang masa. Rasa selesa plak pakai stokin tebal. Mandi plak aku mandi air rebusan daun inai,daun pandan,daun serai wangi selama 30 hari. Selepas tu aku mandi air paip ja. Alhamdulillah setakat ni okay.

Kerja rumah plak aku buat ja, sapu sampah (2x sepanjang berpantang), basuh pinggan,basuh baju,sidai baju,lipat kain. Tapi aku buat sikit2 ja. Tak beria pun. Huhu

Okay la takat tu ja kot nak kongsi.baby dok nangis dah. Huhu. Till next..