Saturday, January 4, 2014

Resepi Homemade Pizza

Tau kan macam mana perasan bila kita try buat something for the first time and it turned out well? ^^

Resepi doh tu aku ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/3195
Senang ja nak tengok resipi tu jadi atau tidak. Tengok ja feedback dan komen dari situ yang ramai dah try dan menjadi. Cuma resipi aku ni ada yang aku alter sikit. 

Dengan hanya RM16 dapat buat satu regular size pizza. Ni sebab oven aku kecil, kalau oven besar dapat la large size. Siap ada topping lebih lagi, boleh buat satu lagi kot adunan esok.

tadaaa. bismillah. =)


So..

Sos & topping  pizza

Bahan-bahan :

2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji tomato (dicincang halus)
1 biji cili padi (dicincang halus)
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil serbuk oregano
1 tin cendawan butang dalam tin
1/2 paket 250g frozen vegetable mix
3 keping cheddar cheese (jenama cheesedale)- dipotong kecil-kecil

Nota :  Sos ni dapat banyak, jadi aku bahagi dua. letak dalam peti ais boleh buat sebiji lagi piza esok. Sebab oven kecil jadi dapat regular pizza ja.

Cara-cara :

 - Masukkan minyak dalam kuali & panaskan.

- Masukkan bawang putih & bawang merah dan biar sampai naik bau.

- Masukkan bahan-bahan  lain (kecuali cheese)  dan masak sampai pekat.

- Tutup api dan ketepikan

- Cheese diguna untuk topping kemudian.


Doh pizza
Bahan-bahan : 

2 cawan tepung gandum *
2 sudu kecil yis segera (jenama bunga raya)*
1 sudu kecil gula*
1/2 sudu kecil garam*
2 sudu besar minyak masak biasa
1/2 cawan air suam

 Cara-cara :

- Satukan bahan bertanda * dan ayak (tujuan nak bagi campuran serata)

- Masukkan minyak masak

- Masukkan air suam sedikit demi sedikit

- Uli sampai doh tidak melekat dengan tangan 

- Tutup doh dengan plastic wrapper dan letak doh di tempat yang panas & biar selama 1 jam 45 minit.
(p/s : Sejam yang pertama try letak tepi dapur gas, tapi tak naik doh tu sebab tak panas. So apa yang aku buat ialah dengan memanaskan oven selama 20 minit pada suhu 200 degree celcius dan lepas tu letak doh tu atas oven. Memang naik doh tu. Cuma kali ni aku biar dalam 45 minit saja sebab malas nak tunggu lagi)

- Uli sedikit lagi & canai doh pizza  ( sisi 2 cm)

- Sapu minyak masak atas loyang dan tabur sedikit tepung jagung (nak bagi rangup bahagian bawah pizza)

- Letakkan doh pizza atas loyang & biar doh naik selama 5 minit.

- Cucuk pizza dengan garfu supaya tidak mengelembung semasa masak.

- Letakkan sos dan topping atas pizza.

- Tabur cheese.

- Bakar dalam oven 15 minit suhu 200 degree celcius.
(p/s : 5 minit pertama pakai api bawah oven, dan 10 minit lagi pakai api  atas dan bawah oven)




No comments:

Post a Comment