Wednesday, February 26, 2014

Hindustan Barfi





Movie ni tahun 2012 punya.
Serious best. Aku bagi 5 stars.

Ala-ala mr bean tapi versi hindustan. Acted by Ranbir Kapoor dan Priyanka Chopra. Memang talented si Ranbir ni. Tak percaya try tengok. Mesti berdekah-dekah hangpa gelak. ^_^


Thursday, February 20, 2014

Driverku Suamiku.. (Part 2)

Allahuakbar Allahuakbar..

Subuh sudah menjengah. Lampu terang menyuluh mata. Ya, Ain seorang yang agak penakut apabila tidur berseorangan, jadi lampu bilik sentiasa menemani. Dengan suluhan lampu bilik, Aina bangun pergi mandi dan solat. Sesudah itu..

"Ermm, aku nak pakai baju apa ya? Hari ini kan hari pertama "Encik Driver" akan menjemput aku ke tempat kerja. We must  have a good  first impression right? "

Sambil menyelongkar almari mencari baju yang sesuai. Mata dia tertoleh ke arah jam yang masih pukul 6.30 pagi.

 "Masih ada 45 minit saja lagi untuk bersiap. Hmm, baju kurung songket hitam ni pun okay la. Boleh match dengan tudung bawal berwarna turquoise. "

Setelah 5 minit untuk bersolek ala kadar dengan mengenakan gincu warna kegemaran sandalwood beige dari REVLON, eyeliner Elianto dan bedak Ronasutra serta concealer Elianto, Aina memeriksa sekali lagi penampilannya di hadapan cermin panjang sambil memperbetulkan cermin mata yang dipakainya.

"Eh,aku ni dah kenapa. Bukan nak keluar dating pun. Nak pergi kerja ja kot. " 

Sambil tersenyum sumbing Aina keluar dari bilik setelah terdengar bunyi handphone.

"Assalamualaikum Aina. Haikal dah ada kat depan rumah."

Dengan gugup Aina menjawab..

" Waalaikummussalam.  Okay, Aina dah siap."

Sebelum keluar, Aina sempat lagi menjenguk melalui tingkap sambil berkata dalam hati.. 
"Wow, pakai honda civic."

Sambil menuju ke honda civic berwarna putih tersebut, dengan gemuruhnya perasaan, Aina membuka pintu kereta dan menempatkan dirinya di tempat penumpang sebelah Haikal.

"Assalamualaikum." Ucap haikal sambil tersenyum menunjukkan lesung pipit di pipinya.

Jantung berdegup kencang. "Waalaikumsalam. Sorry la, Aina menyusahkan."

"Eh, tak susah mana pun. Bukannya tempat kerja lain-lain. Lagipun, rumah kita masing-masing dalam 5 minit saja jauhnya."

Senyum. Itu saja yang Aina mampu lakukan. Sepanjang perjalanan masing-masing hanya berdiam diri. Mungkin masih segan barangkali.

Ya, Nurul Aina memang merupakan seorang yang pemalu dan agak pendiam. Dia hanya menjadi peramah dengan orang yang sudah rapat dengannya saja.

Bagi seorang yang ketinggian 165 cm, dari jauh Aina dapat lihat Haikal seorang yang rajin bersenam.  Malu sendiri Aina dengan dirinya yang mempunyai ketinggian 155 cm tapi badan boleh dikatakan agak "berisi". Kulitnya juga sawo matang macam Aina sendiri. Manis. Memang manis apabila Haikal senyum. Kelihatan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Sama juga seperti Aina, berlesung pipit kecil di kedua-dua belah pipinya.

Setelah tiba di MARDI, Aina bertanya..

"Haikal, awak kerja di bahagian mana?"

"Ingatkan dah tak nak ambil tau. hehe. Saya di bahagian kejuruteraan pertanian sebagai pegawai penyelidik. Sudah 2 tahun."

"Erk, maaflah. Saya baru lagi di sini. Tu pun hanya sebagai pegawai penyelidik secara kontrak."

"Saya dah tau semua tentang awak. Dah lama saya spy awak."

"Eh, awak ni biar betul?"

"Eh,tak da la, saya gurau saja. Ibu yang bagitau semua tentang awak." Sambil tersengih Haikal menjawab.

"Dah la awak, saya masuk dulu."

"Eh, merajuk pulak. Nanti jom lunch sama-sama?Saya belanja"

"Takpala awak, saya puasa ganti hari ni. "

"Okay la cik puan. Nanti petang pukul lima saya tunggu awak di sini ya."

"Okay." Sambil Aina berlalu pergi, dalam hati tersenyum sendiri dengan gelagat Haikal.



Setelah dua bulan berlalu.

Haikal masih menjadi Encik Driver bagi Aina. Sepanjang tempoh tersebut Haikal memang banyak membantu Aina dalam urusan kerja serta dalam urusan dalam menghantar Aina ke mana-mana. Aina juga banyak kali sempat menyinggah di rumah Haikal dan menjamu selera di situ. Itupun di atas ajakan Mak Cik Yati yang beria-ria mahu Aina datang ke rumah. Sepanjang tempoh perkenalan tersebut jugalah Aina dan Haikal menjadi teman rapat.

Sebenarnya Haikal telah lama menaruh perasaan terhadap Aina sejak dari hari pertama perkenalan. Pada pandangan Haikal, Aina seorang gadis yang manis walaupun agak degil dan kuat merajuk. Namun, ciri-ciri inilah yang membuatkan Haikal sangat gemar menyakat Aina. Haikal juga seorang yang pandai mengambil hati Aina. Walaupun berteman rapat, namun masing-masing tahu menjaga adab pergaulan.

Sampailah satu saat semasa mereka keluar bersama untuk makan tengahari di Dubu Dubu Seoul Food di Mid Valley.

"Aina, actually Haikal ada something nak bagitau. Something yang sudah lama tak terluah." 
Atas nasihat ibunya yang mahukan Haikal berterus-terang dengan Aina, maka dia pun memberanikan diri.

"Cakaplah. Sejak bila pulak nak cakap sesuatu Haikal kena buat mukadimah dulu? hehe." 
Mulut cakap lain namun dalam hati Aina rasa gementar.

Sambil menarik nafas panjang..
" Haikal nak bawak rombongan masuk meminang Aina boleh hujung minggu depan?"

Terserdak Aina selepas menghirup Peach tea nya. Jantung berdegup dengan kencang.
"Haa??"

Sambil bertentang mata dengan Aina..
"Dah lama sebenarnya Haikal fikir benda ni. Lagipun Haikal tak nak ada orang lain yang kebas Aina dulu. Lagipun Haikal dapat rasa yang Aina pun rasa apa yang Haikal rasa kan?"

Dalam mood masih terkejut.
"Emm,tak sangka pulak. Aina ingatkan Aina hanya bertepuk sebelah tangan saja selama ni. Lagipun Aina ni kan degil,kuat merajuk, siapa la yang nakkan Aina."

"Tu yang cute tu.hehe. Haikal mintak maaf sangat sebab ambil masa lama untuk luahkan. Tapi betul Haikal cakap, Haikal betul-betul mahu jadikan Aina sebagai isteri Haikal. Haikal happy dengan Aina. Haikal dah buat banyak kali solat istikharah. Haikal nak hidup dengan Aina. Haikal yakin dengan pilihan Haikal. "

Melihat kesungguhan Haikal maka Aina pun bersetuju.

Seminggu kemudian, tibalah rombongan merisik dari pihak Haikal. Majlis pertunangan juga diadakan serentak. Dengan menyarungkan baju long dress material chiffon silk berwarna mint green dengan riben yang diikat di bahagian pinggang beserta lilitan shawl di kepala dan half moon veil dari rona yang sama cukup membuatkan Aina tampak menawan. Ditambahkan lagi dengan solekan ringkas, natural but sweet memang Aina  tampak manis. Dengan Mak Cik Yati menyarungkan cincin emas putih di jari manis Aina, maka Haikal dan Aina bergelar tunangan. Masing-masing sudah bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah sebulan dari tempoh tersebut.

Sebulan kemudian, maka tibalah hari Haikal dan Aina diijabkabulkan. Masing-masing mengenakan baju berona putih. Haikal tampil segak dengan baju melayu dan songkok serta sampin songket dari warna yang sama. Manakala Aina tampak menawan mengenakan baju kurung moden lace chiffon berona putih bersama shawl yang dililit kemas serta half moon veil yang menghiasi bahagian kepala. Solekan yang ringkas tapi sweet. Jika dilihat, memang kedua-kedua mempelai sama cantik sama padan.

Sekali lafaz. Alhamdulillah. Masjid Al-Bukhari Alor Setar menjadi tempat mereka dinikahkan.

Selepas majlis selesai, berlatarkan bilik pengantin mereka. Dengan kekoknya panggilan "abang" dipanggil, Aina berkata kepada suaminya..

"Tak sangka kan. Rupa-rupanya driverku yang tertulis untuk menjadi suamiku. hehe. Terima kasih abang atas segalanya. Terima Aina seadanya. Sentiasa di sisi Aina semasa susah dan senang. Sanggup bersabar dengan perangai Aina. Aina bersyukur sangat ada abang. Aina sayang abang sangat-sangat."  

Sambil menggenggam erat tangan Aina, Haikal berkata..

"Abang pun nak berterima kasih kepada Aina sebab sudi terima abang. InsyaAllah abang akan jaga Aina sampai akhir hayat. Abang sanggup jadi driver Aina seumur hidup. Kalau Aina sayang abang sangat-sangat, abang lagilah sayang Aina sangat100X."

Satu kucupan kasih sayang Haikal hinggap di dahi Aina.

Sambil bergelak ketawa, dalam hati Aina memanjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT di atas anugerah yang terindah ini. Rupanya ada hikmah disebalik kegagalan Aina dalam mendapatkan lesen. Walaupun tiada lesen memandu tetapi Aina bukan saja dikurniakan seorang driver malah seorang suami yang amat penyayang. Kurniaan yang terindah.


TAMAT.


Penulis : Aku.


Pengajarannya : Bersangka baiklah terhadap Allah. Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Mungkin sekarang kita hanya nampak kegagalan, namun siapa tahu ada kebahagiaan yang bakal menyapa.






Driverku Suamiku.. (Part 1)

Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 8.00 pagi.

"Oh, tidakkk. Aku ada re-test JPJ hari ini. Haiihh, mentang-mentang la "cuti", boleh pulak aku terlajak tidur." Berkata Nurul Aina di dalam hati.

Ya, Nurul Aina merupakan watak utama dalam cerpen pendek ini. Seorang gadis yang bakal genap 24 tahun  tapi masih lagi bergelar cik penganggur yang tak terhormat di rumah. Jadi untuk masa yang lapang ini, dia membuat keputusan untuk membuat ulangan untuk test JPJ bagi jalanraya di mana dia telah gagal setahun yang lepas.

Setelah tiba di pusat memandu, Nurul Aina bersalaman dengan mamanya untuk meminta restu supaya dia dapat lulus kali ini.
"Ma, doakan Aina ya supaya lulus. Aina dah tak mau ulang lagi dah. Fobia. hehe." 

"Mama sentiasa doakan Aina. Buat yang terbaik ya." 

Setelah lebih 2 jam menunggu giliran, maka tibalah giliran Aina. Dengan perasaan yang gemuruh yang cuba disembunyikan, Aina masuk ke dalam kereta ViVa dan buat langkah-langkah yang diajar. Namun, apabila sampai di simpang depan pusat memandu, kenangan silam muncul lagi. Mati enjin. 

"Alamak, takkkan la nak mati lagi enjin ni. Gagal yang lepas pun sebab ni jugak." 
Dengan kelam kabutnya Aina menghidupkan enjin.

"Kamu ni jangan terlalu gemuruh, cuba kamu bertenang. Cuba start balik enjin. Angkat clutch slow-slow. Ini last chance saya bagi." kata si Puan JPJ.

Dengan kelam kabutnya beserta perasaan gemuruh dan fobia yang menyelubungi diri, Ain gagal untuk menghidupkan enjin.

"Dah..Dah..Kamu boleh keluar. Saya dah bagi banyak peluang pada kamu. Kamu ni sangat lemah dari segi pengimbangan clutch dan minyak. Dan kamu juga lemah dalam kawalan stereng. Kamu tau tak, kamu sorang saja dah ambil masa 10 minit. Kamu memang perlu banyak latihan." 

Dengan hati yang sedih dan kecewa, Aina keluar dari kereta sambil menekan butang handphone untuk menelefon mamanya.
"Ma, Aina gagal lagi. mati enjin jugak kat tempat yang sama. Rasa macam Aina bodoh sangat. Benda yang simple pun Aina gagal buat dengan baik." 

Setiba mamanya di tempat memandu, Aina terus masuk ke dalam kereta dan terus menangis. Tidak tertahan lagi sejak dimarahi Puan JPJ sebentar tadi. Selepas puas dipujuk mamanya, Aina tetap masih bersedih. Ya, seorang gadis yang bernama Nurul Aina ini sangat degil orangnya.

"Aina dah give up nak ambil lesen memandu. Aina ni memang tak boleh bawak manual kot."
Sambil merenyuk-renyukkan kertas keputusan JPJ.


Setahun kemudian..

Nurul Aina sudah pun bergelar seorang Pegawai Penyelidik secara kontrak di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang, Selangor. Dia kini tinggal di rumah sewa di Bangi bersama dua orang rakan serumah yang masing-masing menjaga tepi kain sendiri.

Walaupun sudah mendapat bekerja, namun Aina masih belum dapat melupakan fobianya terhadap memandu. Dan sehingga kini dia masih belum mempunyai lesen dan hanya bergantung terhadap KTM dan teksi untuk menghantar dia pergi dan pulang dari kerja. Sehinggakan ibunya di Kedah selalu menasihatinya supaya belajar memandu dan ibunya sering merasa risau kerana anaknya sentiasa terdedah dengan bahaya menaiki kenderaan awam di bandar. Sampailah satu saat melalui telefon..

"Mama rasa kamu ni perlu pemandu peribadi la. Sekurang-kurangnya mama pun tak lah risau sangat kamu setiap hari naik teksi. Sekarang ni banyak mama dengar cerita tak elok tentang pemandu teksi."

"Ala, sama ja. Pemandu teksi ka pemandu peribadi ka tetap foreigner. Mama ja yang kenal dia, Aina tak kenal pun."

"Ishh, kamu ni. Dengarlah dulu. Masih ingat jiran kita Mak Cik Yati yang pindah ke Selangor 4 tahun lepas? Yang ada anak lelaki 6 orang tu?"

"Ehh,yang mana pulak? Mama ni macamlah tak kenal Aina. Aina ni mana la nak kenal sangat jiran kita dulu. Aina kan suka buat hal sendiri. Terperuk ja kat rumah. hehe."

"Itu la kamu, lain kali kena ambil tahu juga hal jiran."

"Ala, Aina kan suka low profile. Hehe. Tak da la, Aina gurau saja. Aina ingat la. Mana boleh lupa Mak Cik Yati. Anak ramai macam family kita."

"Ada-ada ja la kamu ni. Semalam mama ada telefon Mak Cik Yati. Sekarang dia duduk di Bangi tau. Dekat dengan rumah kamu. Anaknya, ermm nama apa eh? Haa..Haa..Haikal.. hehe. Dia pun sekarang bekerja di tempat kamu, di MARDI."

"Eh,yaka mama? Tak perasan pulak Aina. Lagipun kat MARDI tu ada banyak Bahagian. Aina bahagian komoditi, mungkin dia bahagian lain kot. Lagipun Aina bukan kenal sangat orang-orang kat MARDI tu. Aina pun kerja pun baru sebulan."

"Mama tau anak Mak Cik Yati semua baik-baik. Jadi, masa sembang semalam Mak Cik Yati kamu tu cadangkan supaya Haikal menjemput kamu pergi dan balik dari tempat kerja. Haikal pun setuju katanya. Lagipun kamu berdua kan kerja kat tempat yang sama. Kan dah boleh jimat banyak dah. Kamu kongsi duit minyak sudah la. Berapa la sangat. Lagipun lagi jimat tau daripada kena naik teksi setiap hari. At least mama tau dengan siapa kamu menumpang. Taklah mama risau sangat."

"Ishh, mama ni. Seganlah. Dah la tak kenal. Dulu masa jadi jiran pun Aina mana pernah cakap dengan anak-anak Mak Cik Yati. Yang mana satu Haikal pun Aina tak kenal. Dengan Mak Cik Yati sendiri pun Aina senyum ja, tak sembang pun."

"Nanti mama send gambar si Haikal tu. Manis tau bila dia senyum.Yang penting dia masih bujang. Sebab tu la mama bagi kamu menumpang dia."

"Ishh,mama ni. Macam tau-tau ja Aina suka tengok lelaki yang senyum manis. hehehe."

Beep..

"Eh,hensem jugak mamat ni."

"Okay la mama. Ain ikut cadangan mama."

"Haa, macam tu la anak mama. Nah, ni mama send nombor Haikal. Dia sudah ada nombor kamu, mama sudah bagi melalui Mak Cik Yati semalam. Cuma Haikal segan nak contact kamu sebab takut kamu tak layan. Mama kan faham sangat perangai anak mama ni yang susah nak angkat telefon dari nombor yang tidak kenal."

"Hehehe. Okay mama."


Debaran kian terasa. Bagaimanakah pertemuan pertama Aina dengan Haikal? Nantikan Part 2. =)

Tuesday, February 18, 2014

Senaman di Rumah

Simple. Just download this workout video

Dalam bilik pun boleh workout tau. Aku ambil dari youtube. Just 10 minit saja. Tapi memang berpeluh-peluh aku buat. Kalau tak percaya sila try. Hari ni dah masuk 3 hari aku workout guna video ni. Sesuai untuk orang yang malas nak keluar exercise macam aku ini. Actually ada banyak lagi workout video yang kalian boleh cari kat youtube. Tapi aku suka yang ini lagi.

Daripada download cerita korea, apa kata try download workout video ni. At least dapat juga keluarkan air peluh. Kalau tengok drama korea boleh keluar air mata saja, buat apa kan?hehe. Lagipun we should start a healthy life right? Why don't we spend only 10 minutes per day just to do this simple workout?

Sambil kuruskan badan, sambil kurangkan stress. Betul kan?

Selamat mencuba. =)

Monday, February 17, 2014

Gagal Test JPJ Lagi

Hari ini pada pukul 11.50 pagi, untuk kali kedua aku gagal test JPJ untuk jalanraya. Sebab yang sama macam yang first time. Mati enjin lebih 5X dan di tempat yang sama. My enemy is still CLUTCH. Tak sempat keluar pergi jalan pun. Hati aku frust sangat. The same mistakes I did. 

Then my mom ambil. Masuk kereta terus menangis sampai balik rumah. Aku cuma ada satu peluang lagi untuk re-test jalanraya sebelum 18/3/2014. Kalau tidak aku terpaksa ulang balik sekali dengan bahagian 2 (bukit,parking,tiga penjuru) yang aku dah lulus setahun yang lepas.

Untuk aku bangkit balik mungkin memakan masa. Aku malas nak fikir lagi dah. Duit parent aku dah banyak habis, aku rasa macam loser. Dah la kerja pun belum dapat. Masih bergelar penganggur. Keyakinan diri aku pun memang dah jatuh merudum. Mungkin bagi orang lain ini hanya small matter, tapi bagi aku setelah gagal 2X di tempat yang sama dan kesalahan yang sama. Entah,aku malas nak berharap.

Friday, February 14, 2014

Latihan

Masih ingat kan aku bakal re-test JPJ untuk jalanraya pada hari isnin ni? So harini aku tambah 1 jam class memandu untuk latihan di jalanraya. Setelah dekat 1 tahun aku tak bawak manual dari saat aku failed dulu, memang nervous habis la.

Dan aku masih lagi di takuk yang lama. =(

Clutch, gear.. MY ENEMY..

Kali ni aku bawak viva. Memang lambat betul masa yang aku ambil untuk angkat clutch semasa nak berjalan selepas berhenti. Dua kali jugak mati enjin. Dengan automatik teringat balik kenangan lama yang pahit (my bad)

Then gear pulak. Cikgu cakap tangan aku ni keras sangat, dan sepatutnya aku kena lembut sikit masa nak tukar gear tu.

Then masalah di persimpangan bukit pula. Mula-mula aku sepatutnya bagi signal dulu then baru tekan clutch sampai habis sambil menekan brek kaki. Lepas tu angkat brek tangan. (Masa ni,memang mata dok tengok kiri kanan dah and again kena marah). Cikgu suruh aku adjust minyak dengan clutch sebelum tengok sekeliling. Tekan minyak dulu sampai 2 takat dan hold, selepas tu angkat clutch sikit-sikit sampai rasa kereta nak bergerak and then hold lagi. (sama macam teknik naik bukit). Pastikan kedua-dua pedal  clutch dan minyak sama paras sambil hold, baru tengok kiri kanan. Then masa nak gerak tu,turunkan brake tangan, dan angkat clutch slow-slow sampai habis (selepas 3 saat) baru jalan. Memang lama jugak masa yang aku ambil masa ni. 

Aku tau cikgu tu stress gila mengajar aku yang lambat pick-up ni (dah setahun aku tak bawak manual kot, lately ni bawak auto saja). Btw, walaupun aku bayar RM20 untuk 1 jam, tapi ambil masa 1 jam setengah untuk latihan. Mau cikgu tak stress kan. Dia siap pesan lagi suruh aku renung-renung dulu pasal clutch dengan gear sebelum test nanti. Dia juga pesan suruh aku fikir dulu baru bertindak (perli habis sebab sepanjang aku bawak tu dia cakap aku ni main tukar saja gear tanpa fikir dahulu) dan tenangkan diri jangan gelabah. Dugaan betul. Memang aku senyap saja masa tu.

Frust jugak aku sebenarnya walaupun hanya latihan. Dan balik-balik aku terus menangis. Aku frust dengan diri aku. Aku rasa macam useless sangat. Aku rasa macam there's a limit of my ability in driving a manual. Masa awal-awal aku rasa yakin aku boleh bawak dengan baik, tapi bila bawak hampeh ja. Angry with myself. ='(

Aku tak tambah class pun walaupun aku rasa aku amat perlu latihan yang lebih untuk master clutch dan gear sebab fikir duit bapak aku yang banyak dah habis, so aku lupakan hasrat itu. Rasa bersalah sangat banyak habiskan duit parent over this thing. Walaupun begitu aku tetap akan mengambil ujian JPJ isnin nanti. Mungkin ini bukan masa untuk aku putus asa. Baru latihan kan, yang penting masa test JPJ nanti. Tinggal jalanraya saja lagi. Tolonglahh..Last chance untuk aku dapat lesen P. Apa-apa pun, aku redha ja. Aku berserah saja pada Allah. Allah knows what the best for me.

Apa-apa pun aku harap aku dapat lulus test JPJ nanti. Cukuplah sekali. Aku ni kalau dah jatuh, susah nak bangun balik. Takes time sebab tu setelah setahun baru ambil keputusan untuk repeat jalanraya. Aku betul-betul nak lulus. Aku tak mau ulang semua lagi. Harap sangat aku boleh buat yang terbaik. Harap sangat..Permudahkanlah urusan aku Ya Allah. Bantulah hamba yang lemah ini..

Monday, February 10, 2014

Cara Print Screen



1. Tekan Alt & Print Screen SysRq pada computer keyboard / papan kekunci secara serentak.

2. Buka All Program & pilih Paint.

3. Paste (Ctrl+V) ke dalam Paint.

4. Boleh edit ikut citarasa dan save.



SELAMAT MENCUBA =)

Cara Combine File Dokumen Ke Dalam Folder Format ZIP@RAR

Combine fail-fail ke format zip/rar ni senang sikit especially untuk dimuatnaik ke dalam email. Nampak la teratur sikit kan. So cara-caranya ialah :



1. Gabungkan sekali fail-fail dokumen (words/powerpoint/excel/ pdf/ gambar etc) ke dalam satu folder.



2. Click kanan pada folder tersebut dan pilih Add to archieve..







3. Pilih RAR atau ZIP format    






4. Tekan OK





SIAP. SELAMAT MENCUBA. =)

Cara Kecilkan Size Gambar Berukuran Passport Secara Online

Ni khas untuk pencari kerja di luar sana yang masih tercari-cari website untuk kecilkan gambar passport secara online untuk dimuat naik ke dalam laman web JobsMalaysia, Jobstreet, dan mana-mana laman web job application online yang memerlukan had saiz gambar yang kecil.

By the way, kalau JobsMalaysia saiz gambar tidak boleh lebih 20 KB kan. So, aku resize guna website ni terus jadi 4.60 KB. (nah ambik kau, nak sangat saiz kecil kan =p )


Ni haa web nya..

ResizeYourImage


p/s : - Sila rujuk pada line purple yang aku bulatkan di setiap gambar di bawah.

 - Gambar bukit di bawah hanyalah contoh. Guna gambar sendiri untuk resize ya. Nanti last tu akan dapat size berukuran pasport seperti yang kita nak. (jadi tak perlu nak curious kenapa gambar no. 5 tu size bukit  tidak berubah)




1.
Tekan Browse & upload your pic.


2.
Sila pilih nak saiz apa. Aku buat saiz untuk gambar passport ialah height: 158 pixels X width: 121 pixels.


3.
Zoom pun boleh untuk adjust size.


4.
Click pada resize your image.


5.
Image baru yang telah resize. Tukar jenis fail gambar yang dingini. Click save this image.


Boleh jugak rujuk blog ni cara kecilkan saiz imej secara online untuk pemahaman yang lebih lanjut jika tidak faham.



SELAMAT MENCUBA. =)

Saturday, February 8, 2014

First Time Bawa Kereta Auto

Assalam..

Ingat lagi entri sebelum ni yang aku cakap aku nak retest JPJ? So sebab itu la aku try bawak kereta auto kelmarin dan hari ini. "Eh,kenapa auto? Bukankah masa test JPJ pakai manual?" . "Ya, ya, memang pakai manual tapi aku saja nak biasakan diri dengan kereta walaupun hanya pakai auto."
 Nak biasakan diri dengan kawalan stereng, kelajuan, brek kaki tangan, signal, dan pedal minyak. Oh ya, disebabkan rumah aku ni tak ada kereta manual, jadi terpaksa jugak aku try bawak auto.  Btw, aku try bawak  ni kereta picanto. Kecil ala-ala myvi so okay la.

Jadi pagi kelmarin dan petang tadi selama 2 jam aku berguru dengan bapak aku keliling ketiga-tiga laluan untuk test JPJ  dan sekitar yuyuem. Bernasib baik aku, sebab masa ni student cuti, jadi tak banyak kereta. Jalan pulak luas. Tu yang seronok ja aku bawak (tekan minyak dengan brek saja memang la). 

So far, sejak belajar dua hari ni bawak auto, memang rasa okay saja. Tapi masih tahap beginner. Aku kadang-kadang terlebih ke side kiri dan stereng kadang-kadang tak berapa betul (normal la kan untuk beginner). Mungkin boleh perbaiki lagi lepas ini..

Yang paling penting aku rasa aku dah improve sikit dari segi keyakinan dalam memandu..Kira boleh la kan?

Apa-apa pun aku sangat berterima kasih kepada pencipta kereta auto kerana memudahkan pemandu yang tidak begitu cekap bawak manual. Salute! =)

Tapi walau bagaimanapun aku masih tetap perlu belajar kereta manual untuk bagi cekap untuk retest JPJ nanti.  Aku betul-betul nak lulus kali ni. Semoga dipermudahkan. Amin..

Friday, February 7, 2014

Kelmarin/Semalam/Yesteday

Masih ingat kekecewaan aku (entry gagal test jpj ) hampir setahun yang lepas? Masa tu aku gagal bahagian 3 (jalanraya), tapi lulus bahagian 2 (parking, bukit, tiga penjuru). Akhirnya, setelah hampir 1 tahun, aku decide nak repeat test untuk JPJ untuk jalanraya. (quite a long time huh? well, nampak tak betapa susahnya aku untuk bangkit dari kekecewaan? (cewaah). 



Dan sudah tentunya lesen L aku dah expired 10 bulan. So kelmarin aku pergi pejabat pos untuk renew (kat JPJ pun boleh). Bayaran yang dikenakan ialah  RM32 untuk renew lesen L (kereta).   Just pergi ke kaunter pejabat pos dan tunjuk lesen L yang dah expired tu sekali dengan duit. Then dalam 5 minit dah boleh dapat lesen baru yang dah di-renew. Dan kita juga kena sign dan isi nama kat borang (resit).  



Btw, sebelum aku pergi renew tu, aku pergi dulu ke tempat latihan memandu untuk bertanyakan jika masih valid aku punya status keputusan JPJ. Sebab last aku test JPJ ialah pada 18/3/2013. Nasib baik aku tanya. Dan untuk makluman semua, tempoh keputusan JPJ valid ialah selama 1 tahun. Jadi contohnya, kalau anda lulus bahagian 2 (bukit, parking, tiga penjuru), tetapi gagal dalam bahagian 3 (jalanraya), maka anda kena re-test JPJ dalam tempoh satu tahun dari tarikh anda ambil test tersebut. Kalau tidak, anda akan terpaksa mengulang kedua-dua bahagian. Pendek kata, macam aku ni aku kena re-test sebelum 18/3/2014 atau aku terpaksa ulang balik kedua-dua bahagian. (oh, tidak!! aku dah cukup fobia dengan pengalaman lepas)



Dan pastikan juga tempoh bahagian 1 (ujian komputer) masih valid sebelum decide nak re-test. Contohnya kat lesen tu tulis Bhg 1 : 1/2/2002- 1/2/2004.  Ya, Bahagian 1 memang valid selama 2 tahun. Jadi, anda kena habiskan semua bahagian 2 dan 3 (JPJ) dalam lingkungan masa tersebut. Jika tidak, anda perlu mengulang semua bahagian dari bahagian 1,2,3. (nightmare kan?)




Btw, aku bakal ber-retest JPJ pada 17 Februari ini.



Doakan aku.. Semoga aku dapat lulus kali ni. Amin. =)

Thursday, February 6, 2014

Contoh Resume dalam BI











 







p/s : Maklumat di atas hanya rekaan semata tiada kena mengena dengan sesiapa. Tujuan entry ini hanya untuk beri contoh format resume. Khusus buat pencari kerja di luar sana. Selamat berjaya. =)