Thursday, February 20, 2014

Driverku Suamiku.. (Part 2)

Allahuakbar Allahuakbar..

Subuh sudah menjengah. Lampu terang menyuluh mata. Ya, Ain seorang yang agak penakut apabila tidur berseorangan, jadi lampu bilik sentiasa menemani. Dengan suluhan lampu bilik, Aina bangun pergi mandi dan solat. Sesudah itu..

"Ermm, aku nak pakai baju apa ya? Hari ini kan hari pertama "Encik Driver" akan menjemput aku ke tempat kerja. We must  have a good  first impression right? "

Sambil menyelongkar almari mencari baju yang sesuai. Mata dia tertoleh ke arah jam yang masih pukul 6.30 pagi.

 "Masih ada 45 minit saja lagi untuk bersiap. Hmm, baju kurung songket hitam ni pun okay la. Boleh match dengan tudung bawal berwarna turquoise. "

Setelah 5 minit untuk bersolek ala kadar dengan mengenakan gincu warna kegemaran sandalwood beige dari REVLON, eyeliner Elianto dan bedak Ronasutra serta concealer Elianto, Aina memeriksa sekali lagi penampilannya di hadapan cermin panjang sambil memperbetulkan cermin mata yang dipakainya.

"Eh,aku ni dah kenapa. Bukan nak keluar dating pun. Nak pergi kerja ja kot. " 

Sambil tersenyum sumbing Aina keluar dari bilik setelah terdengar bunyi handphone.

"Assalamualaikum Aina. Haikal dah ada kat depan rumah."

Dengan gugup Aina menjawab..

" Waalaikummussalam.  Okay, Aina dah siap."

Sebelum keluar, Aina sempat lagi menjenguk melalui tingkap sambil berkata dalam hati.. 
"Wow, pakai honda civic."

Sambil menuju ke honda civic berwarna putih tersebut, dengan gemuruhnya perasaan, Aina membuka pintu kereta dan menempatkan dirinya di tempat penumpang sebelah Haikal.

"Assalamualaikum." Ucap haikal sambil tersenyum menunjukkan lesung pipit di pipinya.

Jantung berdegup kencang. "Waalaikumsalam. Sorry la, Aina menyusahkan."

"Eh, tak susah mana pun. Bukannya tempat kerja lain-lain. Lagipun, rumah kita masing-masing dalam 5 minit saja jauhnya."

Senyum. Itu saja yang Aina mampu lakukan. Sepanjang perjalanan masing-masing hanya berdiam diri. Mungkin masih segan barangkali.

Ya, Nurul Aina memang merupakan seorang yang pemalu dan agak pendiam. Dia hanya menjadi peramah dengan orang yang sudah rapat dengannya saja.

Bagi seorang yang ketinggian 165 cm, dari jauh Aina dapat lihat Haikal seorang yang rajin bersenam.  Malu sendiri Aina dengan dirinya yang mempunyai ketinggian 155 cm tapi badan boleh dikatakan agak "berisi". Kulitnya juga sawo matang macam Aina sendiri. Manis. Memang manis apabila Haikal senyum. Kelihatan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Sama juga seperti Aina, berlesung pipit kecil di kedua-dua belah pipinya.

Setelah tiba di MARDI, Aina bertanya..

"Haikal, awak kerja di bahagian mana?"

"Ingatkan dah tak nak ambil tau. hehe. Saya di bahagian kejuruteraan pertanian sebagai pegawai penyelidik. Sudah 2 tahun."

"Erk, maaflah. Saya baru lagi di sini. Tu pun hanya sebagai pegawai penyelidik secara kontrak."

"Saya dah tau semua tentang awak. Dah lama saya spy awak."

"Eh, awak ni biar betul?"

"Eh,tak da la, saya gurau saja. Ibu yang bagitau semua tentang awak." Sambil tersengih Haikal menjawab.

"Dah la awak, saya masuk dulu."

"Eh, merajuk pulak. Nanti jom lunch sama-sama?Saya belanja"

"Takpala awak, saya puasa ganti hari ni. "

"Okay la cik puan. Nanti petang pukul lima saya tunggu awak di sini ya."

"Okay." Sambil Aina berlalu pergi, dalam hati tersenyum sendiri dengan gelagat Haikal.



Setelah dua bulan berlalu.

Haikal masih menjadi Encik Driver bagi Aina. Sepanjang tempoh tersebut Haikal memang banyak membantu Aina dalam urusan kerja serta dalam urusan dalam menghantar Aina ke mana-mana. Aina juga banyak kali sempat menyinggah di rumah Haikal dan menjamu selera di situ. Itupun di atas ajakan Mak Cik Yati yang beria-ria mahu Aina datang ke rumah. Sepanjang tempoh perkenalan tersebut jugalah Aina dan Haikal menjadi teman rapat.

Sebenarnya Haikal telah lama menaruh perasaan terhadap Aina sejak dari hari pertama perkenalan. Pada pandangan Haikal, Aina seorang gadis yang manis walaupun agak degil dan kuat merajuk. Namun, ciri-ciri inilah yang membuatkan Haikal sangat gemar menyakat Aina. Haikal juga seorang yang pandai mengambil hati Aina. Walaupun berteman rapat, namun masing-masing tahu menjaga adab pergaulan.

Sampailah satu saat semasa mereka keluar bersama untuk makan tengahari di Dubu Dubu Seoul Food di Mid Valley.

"Aina, actually Haikal ada something nak bagitau. Something yang sudah lama tak terluah." 
Atas nasihat ibunya yang mahukan Haikal berterus-terang dengan Aina, maka dia pun memberanikan diri.

"Cakaplah. Sejak bila pulak nak cakap sesuatu Haikal kena buat mukadimah dulu? hehe." 
Mulut cakap lain namun dalam hati Aina rasa gementar.

Sambil menarik nafas panjang..
" Haikal nak bawak rombongan masuk meminang Aina boleh hujung minggu depan?"

Terserdak Aina selepas menghirup Peach tea nya. Jantung berdegup dengan kencang.
"Haa??"

Sambil bertentang mata dengan Aina..
"Dah lama sebenarnya Haikal fikir benda ni. Lagipun Haikal tak nak ada orang lain yang kebas Aina dulu. Lagipun Haikal dapat rasa yang Aina pun rasa apa yang Haikal rasa kan?"

Dalam mood masih terkejut.
"Emm,tak sangka pulak. Aina ingatkan Aina hanya bertepuk sebelah tangan saja selama ni. Lagipun Aina ni kan degil,kuat merajuk, siapa la yang nakkan Aina."

"Tu yang cute tu.hehe. Haikal mintak maaf sangat sebab ambil masa lama untuk luahkan. Tapi betul Haikal cakap, Haikal betul-betul mahu jadikan Aina sebagai isteri Haikal. Haikal happy dengan Aina. Haikal dah buat banyak kali solat istikharah. Haikal nak hidup dengan Aina. Haikal yakin dengan pilihan Haikal. "

Melihat kesungguhan Haikal maka Aina pun bersetuju.

Seminggu kemudian, tibalah rombongan merisik dari pihak Haikal. Majlis pertunangan juga diadakan serentak. Dengan menyarungkan baju long dress material chiffon silk berwarna mint green dengan riben yang diikat di bahagian pinggang beserta lilitan shawl di kepala dan half moon veil dari rona yang sama cukup membuatkan Aina tampak menawan. Ditambahkan lagi dengan solekan ringkas, natural but sweet memang Aina  tampak manis. Dengan Mak Cik Yati menyarungkan cincin emas putih di jari manis Aina, maka Haikal dan Aina bergelar tunangan. Masing-masing sudah bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah sebulan dari tempoh tersebut.

Sebulan kemudian, maka tibalah hari Haikal dan Aina diijabkabulkan. Masing-masing mengenakan baju berona putih. Haikal tampil segak dengan baju melayu dan songkok serta sampin songket dari warna yang sama. Manakala Aina tampak menawan mengenakan baju kurung moden lace chiffon berona putih bersama shawl yang dililit kemas serta half moon veil yang menghiasi bahagian kepala. Solekan yang ringkas tapi sweet. Jika dilihat, memang kedua-kedua mempelai sama cantik sama padan.

Sekali lafaz. Alhamdulillah. Masjid Al-Bukhari Alor Setar menjadi tempat mereka dinikahkan.

Selepas majlis selesai, berlatarkan bilik pengantin mereka. Dengan kekoknya panggilan "abang" dipanggil, Aina berkata kepada suaminya..

"Tak sangka kan. Rupa-rupanya driverku yang tertulis untuk menjadi suamiku. hehe. Terima kasih abang atas segalanya. Terima Aina seadanya. Sentiasa di sisi Aina semasa susah dan senang. Sanggup bersabar dengan perangai Aina. Aina bersyukur sangat ada abang. Aina sayang abang sangat-sangat."  

Sambil menggenggam erat tangan Aina, Haikal berkata..

"Abang pun nak berterima kasih kepada Aina sebab sudi terima abang. InsyaAllah abang akan jaga Aina sampai akhir hayat. Abang sanggup jadi driver Aina seumur hidup. Kalau Aina sayang abang sangat-sangat, abang lagilah sayang Aina sangat100X."

Satu kucupan kasih sayang Haikal hinggap di dahi Aina.

Sambil bergelak ketawa, dalam hati Aina memanjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT di atas anugerah yang terindah ini. Rupanya ada hikmah disebalik kegagalan Aina dalam mendapatkan lesen. Walaupun tiada lesen memandu tetapi Aina bukan saja dikurniakan seorang driver malah seorang suami yang amat penyayang. Kurniaan yang terindah.


TAMAT.


Penulis : Aku.


Pengajarannya : Bersangka baiklah terhadap Allah. Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Mungkin sekarang kita hanya nampak kegagalan, namun siapa tahu ada kebahagiaan yang bakal menyapa.






No comments:

Post a Comment