Sunday, November 30, 2014

1st Anniversary Giveaway Mind Meld

Assalamualaikum.

http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/11/1st-anniversary-giveaway-mind-meld.html

27 November - 27 Disember 2014
Jangan malu, jangan segan. Klik ja banner.
Good luck!
^_^

Interview Pembantu Tadbir (Peperiksaan) Sambilan

Assalamualaikum.

Sebelum pi kat soalan temuduga, aku nak intro sikit pasal jawatan ni. Pembantu tabir peperiksaan ni tugasnya kena jaga exam. *yalah, takkan nak jaga baby pulak kan?hoho. Antara tugasnya kena edar kertas soalan, borang jawapan omr, check slip masuk exam, check kad matrik, etc. Masa final exam mesti perasan kan budak-budak yang dok jaga exam tu? Kalau nak mintak benang mintak kat depa. Kalau kertas jawapan tak cukup mintak kat depa. Nak pi tandas pun habaq kat depa dulu. Hahh, tu la diaa. Jawatan ni gred N17, perlu SPM dan macam kita tau exam ni bukan selalu, jadi hanya perlu bertugas masa exam ja. Pendek kata kerja secara sambilan la. Habis exam habis la kerja. Kalau bernasib baik, depa serap jadi staf tetap kalau ada jawatan kosong. Tu la yang aku tau pun.

*credit

Ramai jugak calon-calon tadi. Ada la dalam 18-20 orang *kalau tak silap kira la. Haa, tu baru sesi pagi, sesi petang pun ada. Lama jugak menunggu, sepatutnya start 8.30am, tapi 9am lebih baru start. Tapi depa sediakan breakfast. Dapat la roti dengan air sekotak. Makan la dulu sementara menunggu.

Cukup la kot mukadimahnya. 

Haa, sebelum tu. Temuduga ni 5 orang calon sekali masuk. Panel penemuduga pulak ada 2 orang. Seorang penolong pengarah dan seorang lagi pulak penolong pendaftar hal ehwal akademik. Actually ada seorang lagi, urusetia. Tapi yang tanya soalan 2 orang ja la.

Okay dah, jom tengok soalan *soalan-soalan kat bawah aku guna ayat aku sendiri sebab aku ingat point soalan ja. :

1Introduce yourself in english.

2 Ada sedara mara atau family tak yang kerja kat sini?

3. Apa yang kamu tau pasal jawatan ni?

4. Ada kenderaan sendiri tak? 
*depa nak cari calon yang independent.=.=

5. Kalau ternampak ada pelajar yang keluarkan kertas dari poket semasa exam, apa kamu buat?
- rampas kad matrik.
- bagitau ketua pengawas.
*tak boleh nak sound yerr, sebab nanti mengganggu orang lain yang ambik exam.hehe

6. Waktu paling awal kamu boleh sampai kerja?
*penemuduga tu cakap sebaik-baiknya kena ada pukul 7.00am *telan air liur sat. waktu balik pukul 6 pm dan ada dua kali rehat (masa gap exam).

7. Ada masalah kesihatan tak? sebab kadang-kadang perlu jugak angkat kotak yang berisi kertas soalan yang bukan sehelai dua tu.
- alah, takat angkat kotak ja pun. hahah. chopp! chopp! aku tak jawab camni na. aku cakap okay jaaaa. *okay sokmo!

8. Apa yang kamu nak tanya?
- aku tanya pasal bila nak tau keputusan temuduga *kalut betoi. katanya dalam masa dua minggu baru dapat tau.

Tu ja. Simple ja kan? Tapi disebabkan soalan 3 dan 5  ikut "sapa cepat dia jawab", so aku kurang bernasib baik kat situ, sebab aku lambat sikit nak bersuara. hahaha. Tapi takpala, kalau ada rezeki, ada laa. Kalau tak ada, nak buat camna. Aku kena usaha lebih lagi la kan. Sabar tu kan separuh dari iman. Usaha pulak tangga kejayaan. Haa, gituuu. *ayat menyedapkan hati sendiri, to be exact!lalala 

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!"

hai semua blogger!

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro))

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah.
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni,
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah!
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer!
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Makan Steamboat di Perlis

Assalamualaikum.

Untuk kali yang keduanya kami makan di Aura Steamboat N' Grill lagi. Aku pernah dah buat entri sebelum ni masa first time makan kat SINI. Harini semalam sebenarnya birthday mama aku. Rutin family aku kalau birthday mesti keluar makan. So kali ni, kami decide nak makan steamboat kat tempat yang sama. Punya la drive dari Kedah pi Perlis tau. *ceh, macam la jauh sangat. hahah











 Harga RM13 (per pax). Air pulak harga lain. Total kami makan 7 orang termasuk air RM106.

Sapa nak mai merasa boleh mai sini :

 Lokasi : Aura Steamboat N' Grill
              Jalan Repoh, Kangar,
              Perlis.

Waktu buka : Isnin, 6.30 pm- 11.00 pm
                     Rabu-Ahad, 6.30 pm- 11.00 pm



Selain kat sini, depa ada bukak satu lagi cawangan kat Uniciti Alam, Padang Besar, Perlis. Aku pun baru tau gak tengok kat facebook. Lepas ni boleh pi sana pulak.

*notabawah : esok pagi aku ada interview, doakan aku na semua berjalan dengan lancar. *especially tahap confident aku. hahaha. dah aku nak pi tidoq. nak kena bangkit awai esok. lepas balik esok aku balas komen hampa dan terjah hat mana yang aku tak terjah lagi naa. good night! 

Saturday, November 29, 2014

Segmen: Happy Followers by Nunu Nonsense

Assalamualaikum.

Akhirnya, aku kembali dengan segmen. *tak jadi nak buat blog baru. lalala.




26 November 2014 - 30 November 2014
So, bagi sapa yang belum join, jemput join. Selamat Bersegmen!
^_^

Friday, November 28, 2014

Liebster Award By Kak Farrah

Assalamualaikum.

Banyak sungguh marathon liebster award ni yer. Aku saja nak buat semua harini sebab kalau bookmark nanti jadi pekasam pulak. Mohon jangan muntah. Janji, yang ni last untuk harini. hehe.



So here's soalan dari Kak Farrah :

1. Jika boleh pilih mana-mana tempat di dunia ni untuk tinggal dan settle down (and bring along someone with you), anda akan pilih,...Mengapa?
Kawasan tepi pantai. sebab saya suka pantai. hehe

2. Tempat kegemaran anda [restoran/kafe] apabila makan di luar. 
-Restoran lauk kampung, restoran thai seafood, KFC.

3. 3 orang [tidak kisah siapapun] yang anda akan jemput untuk makan malam bersama anda. Mengapa?
- Family *lebih dari 3 orang. sebab kami semua suka makan. hahah


4. Satu makanan yang anda pretend suka (tetapi sebenarnya tidak!) semata-mata untuk jaga hati orang lain or simply nak nampak cool! Hahahah!
Sayur sawi.

5. Filem 'romantic comedy' kegemaran anda?
- When In Rome


6. Filem/TV Show dalam koleksi anda yang paling banyak ditonton.  

- The Vampire Diaries
http://wallerz.net/wp-content/uploads/2014/10/1392_the_vampire_diaries.jpg


- When In Rome

- Twilight (2008)


http://ia.media-imdb.com/images/M/MV5BMTQ2NzUxMTAxN15BMl5BanBnXkFtZTcwMzEyMTIwMg@@._V1_SX640_SY720_.jpg

7. Bad mood. Apa yang boleh buat anda kembali senyum?
- Tengok drama/tv show/movies.

8. Orang pertama yang anda akan cari jika perlukan bantuan atau teman bicara.
- Mama aku.

9. Perkara paling 'adventurous' yang pernah anda lakukan.
- Naik ride The Revenge of Mummy kat USS, naik banana boat, dan night walk masa aktiviti kem. Mungkin bagi orang lain aktiviti-aktiviti ni biasa, tapi bagi aku yang bukan adventurous person ni memang extreme! hahaha

10. Satu skill/kemahiran yang anda ingin kuasai. Mengapa?
- Kemahiran memandu. sebab belum ada lesen.

11. Satu benda/tool/gadget milik anda yang rosak atau perlu dibaiki.
-  Rasanya tak ada.


Sekian. 
^_^







 




Liebster Award by Cik Mimie

Assalamualaikum.

Thanks na Cik Mimie  for tagging!


Soalan :

1. Dalam sehari berapa entry korang update dalam blog?
- Sekali ja. Kecuali kalau join segmen/giveaway memang banyak jugak la dalam sehari. hehe
 
2. Biasa korang online blog dekat mana? *cth : pejabat, rumah, cafe
- Rumah la.
 
3. Sudah berapa lama korang terlibat dalam dunia blogging ni?
- Jangan terkejut, aku mula buat blog ni tahun 2011. Tapi masa tu tak aktif pun. Banyak entri meluah perasaan ja, sebab tu aku dah delete semua entri 2011-2012. yang tinggal 2013 dan tahun ni ja. hehe. Sejak bulan 8 baru-baru ni baru aku mula belajar aktifkan blog, join segmen/giveaway, follow you follow me, blogwalking, letak nuffnang. Kalau ikut tarikh aku mula aktif, kiranya baru 3 bulan la kan. Tapi kalau ikut waktu mula aku buat blog ni dah 3 tahun la. 

4. Kenapa pilih untuk menjadi seorang blogger?
- Nak isi masa yang terlalu lapang. hahah

  
5. Nyatakan kebaikan dan keburukan berblogging.
- Kebaikannya aku dapat kenal bloggers lain,  kalau bertuah dapat menang giveaway, dapat side income dari nuffnang walaupun ciput. Keburukannya membuatkan aku ralit. hahah

6. Berikan 3 ciri-ciri blog yang korang suka singgah.
- blog yang ringan.
- blog yang tak ada bunga-bunga atau daun-daun berguguran.
- blog yang tak ada lagu.


7. Korang lebih suka komen entry atau tinggalkan jejak dekat shoutbox? 
- Suka ja dua-dua pun. hehe
  
8. Apa pendapat korang tentang blog Cik Mimie?
- Ringan/cepat loading, nice, simple.

9. Perlu ke Cik Mimie ubah mana-mana bahagian dalam blog Cik Mimie?
- Takpa, tak payah ubah dah.

10. Ada tak apa-apa yang korang nak bagitahu dekat Cik Mimie?
- Semoga cepat naik pelamin! hehe
  
11. Soalan Cik Mimie susah ke senang?
- Senang jaaa. 


Pheww, lap peluh sat. hehe
Sekian!
^_^











 

Liebster Award By Kak Wana

Assalamualaikum.

Thanks kak wana tag saya.




1. Karakter anda macamana?

- Pemalu, agak pendiam.

2. Tabiat korang yang orang lain rasa pelik tapi bagi anda biasa-biasa saja?
- Lupa la. Sat nak pi tanya orang lain. =p

3. Bila kali terakhir korang shopping? Beli apa?
- Minggu lepas yang beli beg kat Zalora tu. Tapi guna voucher pun dikira beli dak?hehe

4. Bila kali terakhir anda melancong? Di mana?
- Bulan lepas. Pulau Pinang ja.

5. Jika diberi peluang untuk bertukar jadi 'seseorang', nak jadi siapa dan kenapa?
- Tak perlu kot. I love who I am now walaupun banyak kekurangan. hehe.

6. Mana lagi penting. Duit, ic atau hand phone?
- Semua pun penting. hehe.

7. Tiba-tiba anda tersesat di dalam hutan kemudian terjumpa simpang, yang satu jalan pergi ke rumah misteri yang nampak menyeramkan dan satu jalan lagi terus masuk ke dalam hutan yang dikatakan ada tombiruo(penunggu hutan). Anda pilih jalan yang mana? Kenapa?
- Dua-dua pun tak pilih. rela patah balik. haha


8. Jika ada modal berniaga, bisnes apa yang korang nak buat?
- Pernah terfikir nak buat bisnes baju blouse untuk orang yang berbadan besar dan shawl. Tapi tak ada skill menjahit pun camna? haha. minat pun semakin lama semakin pudar dah.

9. Pernah nampak burung hantu secara 'real' tak?
- Pernah kot rasanya. dalam zoo.

10. Hadiah impian anda dalam hidup?
- Melancong kat tempat yang saya teringin nak pergi.

11. Pernah tak korang berkorban untuk orang lain semata-mata nak tengok dia bahagia dan anda pula menderita dalam diam?
- Alamak, teringat pulak kat #badri dalam slot akasia bila hati berbicara episod semalam. Soalan ni memang kena dengan dia.sobs2



SEKIAN
^_^

Liebster Award By Acik Watie

Assalamualaikum.

Kali ni aku di-tagged oleh Acik Watie. Katanya kalau sapa yang ada dalam bloglist dan yang selalu jengah blog acik serta berminat untuk dimasukkan dalam bloglist acik boleh la jawab.




SOALANNYA :

1. Apakah kekuatan blog korang?
- Saya pun tak pasti. Tapi harapnya ada jugak la sedikit info yang mungkin berguna buat orang lain.

 2. Warna tema untuk blog korang?
- Putih dan ungu.

3. Sebab apa warna tu? Bukan warna lain?
- Sebab tu salah satu warna kegemaran saya.

4. Blog korang cerita pasal apa?
- Kebanyakannya saya kongsi pasal pengalaman termasuk tentang diri saya, kesukaan saya, tempat makan yang saya pernah pi, temuduga yang penah dihadiri, percutian, resepi syok sendiri, sedikit tutor berkaitan komputer. Pendek kata rojak la senang kata. Saya kongsi ja apa yang saya nak kongsi.
 
5. Cakap betul-betul...cantik tak blog Acik ni?
-Okay ja, yang penting simple dan kemas.

6. Kalau tak cantik, sebab apa?
Kalau cantik, belah mana yang cantik?

- Lagi cantik kalau letak background yang lebih menarik warnanya. macam warna-warna pastel ka. tapi semua ikut acik la, taste orang kan lain-lain. hehe. *ampun, jangan marah na, pendapat saya ja. hehe

7. Ada letak tak blog Acik dalam bloglist korang?
Cakap je, tak marah pun.

- Ada.

8. Kalau join segmen / BW / GA orang, awak update entri saja,
pastu terus tinggalkan atau buat jugak BW?

- Saya lebih suka blogwalking last minute sebab masa tu semua senarai peserta mesti dah lengkap. Tu pun kadang-kadang ikut mood jugak. hehe. Tapi kalau ada yang komen mintak saya singgah balik, memang saya akan kunjung balas.

9. Setakat ni, follower dah berapa orang?
-249.

10. Rasanya, perlu tak Acik letak blog korang
dalam bloglist Acik?

- Harus ja. hehe

11. Sebab apa perlu letak blog korang dalam bloglist Acik?
- Sebab saya letak blog acik dalam blog saya. hahaha. dan sebab senang nak blogwalking mungkin?hehe





SEKIAN. 
^_^

Thursday, November 27, 2014

Abu

Assalamualaikum.

Sapa kenal Abu dalam kartun Disney Aladdin?

http://img3.wikia.nocookie.net/__cb20111213155401/p__/protagonist/images/f/f3/Clipabu13.gif


Tapi aku bukan nak cerita pasal abu ni, aku nak cerita sikit pasal "abu" kat bawah ni. Aku tak pasti pulak beza monyet,beruk, dan kera. Tapi rasanya spesis kat bawah ni kera kot.  *correct me if  i'm wrong

 

Gambar di atas ni aku ambil live depan tingkap bilik kolej kediaman di ukm tahun lepas. Sapa yang dok kat u yang berhutan camni mesti dah lali dengan kera-kera ni semua. Ehh,  rasanya kat mana-mana pun ada kera ni kan.

Tapi setakat aku dok sana belum pernah lagi, makanan aku atau barang-barang lain yang dirembat. Sebab tiap kali dengar bunyi kera ja, mesti aku atau roommate cepat-cepat tutup tingkap, dan kami jugak bukan jenis bukak pintu bilik.

Tu belum lagi masa on the way balik dari kuliah, asal nampak ja terpaksa pusing ikut jalan yang jauh. Haa, jangan tak tau, agak buas jugak kera-kera ni.  

Habit yang selalu aku perasan pasal kera ni depa suka sangat makanan. Kalau dengar bunyi tong sampah tunggang-terbalik tu haa, memang tau dah la kerja sapa. Bersepah koridor. *Pengotor punya kera! haha. Pernah jugak ternampak kera curi maggi sapa entah, lepas tu dengan pandainya dia bukak plastik maggi tu sendiri dan makan dengan krup krup nya atas dahan pokok tu. *tutup tingkap pun dengar kot bunyi kera tu makan. Aku tak sempat pun nak ambil gambar. Terkekeh-kekeh kami gelak tengok gelagat kera tu. At least dapat jugak release tension masa tengah study. Tak perlu pi zoo pun nak tengok free show ni. hehe


*credit

Wednesday, November 26, 2014

Ada Apa Dengan Mimpi?


Assalamualaikum.

Mimpi. Siapa tak suka kan kalau dapat mimpi indah? Tapi kalau dapat mimpi yang tak berapa nak indah camna pulak?


Mimpi ini berkenaan dengan seseorang yang sekarang dah jadi somebody that I used to know. Aku mimpi kawan aku cakap seseorang tu nak kahwin!! Siap ada nama lagi dengan siapa yang seseorang nak kahwin tu. Dalam mimpi tu memang aku dok tahan nak teriyak ja masa dengar berita tu.  Kemudian, bila tersedar bangun, baru meleleh-leleh air mata keluar. Astaghfirullah. Aku rasa macam real pulak mimpi tu.


Tapi mimpi ni cuma mimpi yang hanyalah mainan syaitan. Tak perlu nak ambil serius, ya dak?

*credit


^_^




#7 Wordless Wednesday





Keywords Nuffnang Minggu Ini

Assalamualaikum.

Selama aku berblog ni belum pernah lagi kan aku share keywords dari nuffnang ni. Memang la tak pernah, aku baru ja perasan keyword ni tadi. *selalu dok bukak nuffnang check kat earning ja. hehe


Haa, ni dia keywords yang orang dok cari dalam blog aku untuk minggu ni. Hits sikit ja, tapi okay la dari tak ada.

Keyword yang pertama ni ialah Servis Zalora Order Dari Sarawak. Orang Sarawak mana la nohh yang dok google pasal servis zalora ni. heheh. Jangan risau, servis Zalora sekarang dah improved. Aku pernah share pasal servis tiptop Zalora kat entri Pengalaman Pertama di Zalora ni.



Haa, keyword kedua ni memang membuatkan aku tersenyum sumbing. hehehe. Gambar Hefreez Hafreez Adam. Tau la tengah hot pun sekarang. lalala. Ni mesti geng-geng #TeamBadri atau #hafreezhype_fc ni.  Aku pernah sekali ja share pasal beliau dalam entri  Bila Hati Aku Berbicara. Disebabkan itu, nah aku belanja satu gambar Hafreez Adam :



"Good night!". kata Badri sambil tersenyum.


^_^

Tuesday, November 25, 2014

CPUV Nuffnang- Altel Digital Campaign

Assalamualaikum.

CPUV dari Nuffnang yang baru masuk jugak. Kali ni daripada Altel Digital Campaign. Terima kasih Nuffnang, pihak penaja dan semua pengunjung blog cikfafa!



Aku nak intro sikit la pasal Altel ni. Altel ni merupakan perkhidmatan terbaru prabayar mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar pesanan mesej melalui SMS atau servis data. Altel juga menawarkan perkhidmatan telefon prabayar seperti panggilan suara dan SMS, data mudah alih dan panggilan IDD. Altel juga turut menawarkan pelan jalur lebar mudah alih (broadband plans) bagi kuota 500MB, 1GB, 2GB, 3GB, 5GB. Sebarang maklumat lanjut boleh klik Altel.


Sekali lagi terima kasih #Nuffnang, pihak penaja dan semua pengunjung blog cikfafa! Harap dapat melekat dengan lebih lama. Kalau nampak iklan tolong la klik yerrr. Thank you!

^_^



CPUV Nuffnang - Mi Sedaap Cup Noodles's

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada pihak #Nuffnang, penaja dan semua pengunjung blog cikfafa. CPUV yang baru masuk kali ni ialah dari Mi Sedaap Cup Noodles's.



Masa duduk asrama dan kolej kediaman dulu, Mi Sedaap ni memang salah satu stok makanan yang wajib ada dalam almari aku. Tapi masa dulu nak makan kena bubuh dalam bekas sendiri kan?Sekarang dah ada yang cawan punya. Senang kerja, tak payah basuh bekas dah lepas makan. Mi Sedaap Cup ni ada beberapa jenis perisa iaitu Mee goreng, Soto, Baso Spesial, Kari Spesial.





 


Notabawah : Kalau nampak iklan ringan-ringankan lah tangan na. Thank you in advance!

^_^






CPUV Nuffnang- Clinique Sonic System


Assalamualaikum.

Tengah bukak Nuffnang tadi, terperasan ada lagi cpuv yang masuk. Alhamdulillah, semoga dapat melekat dengan lebih lama lagi.


CPUV Nuffang : Clinique Sonic System

Aku rasa Clinique ni jenama produk kecantikan yang famous tu kot. Sebab Clinique pun baru keluarkan produk mereka iaitu Sonic System Purifying Cleansing Brush. Haa, jangan ingat gigi ja ada berus gigi, sekarang ni muka pun ada berus khas untuk cuci muka tau. Maklumat lanjut boleh klik New:Clinique Sonic System Purifying Cleansing Brush




Terima kasih #Nuffnang, pihak penaja, dan pengunjung blog cikfafa. Setakat ni aku belum nampak lagi iklan ni, kat blog lain yang aku berkunjung pun tak nampak. Kalau nampak iklan, klik la yerr. Segala jasa kalian sangat dihargai.

^_^



Monday, November 24, 2014

Dubu Dubu Seoul Food Restaurant, Mid Valley

Assalamualaikum.

Dah lapuk pun cerita ni. Ni masa aku pi makan tahun lepas. Masa aku dok belajar lagi.  Actually aku dah pernah buat entri pasal ni, tapi aku terdelete! T_T So, harini aku rasa nak buat throwback balik la. Masa first time ni aku pi makan dengan adik aku dengan kawan dia. Jom layan gambar-gambar :

Ni la dia restorannya. Terletak di lower ground floor, Mid Valley. Tapi sekarang dah renovate kot, sebab tengok kat website dah lain dah.

Nice kan? Lagu kpop pun dipasang.
Cara nak makan pun ditunjuk sekali. Soondubu ni macam menu yang adik aku makan kat bawah.
 
Citron Tea (cold) - RM6.90. Boleh la rasanya.

Peach tea - RM6.90. Haa, yang ni memang sedap. Aku recommend kat hangpa.
 
Spicy Toppokki (ala carte) - RM14.90. Kalau yang set ada diberi sekali dengan 3 jenis banchan(side dish) dan sup seaweed, tapi kami ambil yang ala carte macam dalam gambar ja. Yang ni aku pernah makan dah. Boleh jugak la tekak aku terima. Pedas-pedas gitu.

Korean Spicy Chicken (set)- RM17.90. Set ni termasuk dengan 3 jenis banchan (taugeh, kimchi, kacang panjang), sup seaweed, nasi. Yang ni aku cuba rasa, tapi sebab kimchi banyak sangat, rasa muak.

Kimchi Soondubu Jigae Chicken (set) - RM16.90. Set ni sama macam atas, cuma tak ada sup seaweed sebab dah berkuah kan. Boleh tahan la rasanya. Pedas-pedas.

Honey Garlic Bulgogi Beef (set) - RM20.90. Haa, yang ni menu aku. Set banchan tu sama macam kat atas. Sebelum mai makan, memang aku dah research dulu, ramai cakap menu ni sedap. Bagi aku pulak, yes memang sedap! Lupa nak mention, nasi tu macam sticky rice tau. pun sedap.

Nampak tak tahap kesedapan bagi aku? Licin kecuali bawang holland tu la, banyak betul. Lagi satu kimchi, memang bukan taste aku. Rasa dia masam-masam pedas. Kalau jeruk buah tekak aku boleh terima. Tapi kimchi? NO! Tengok dalam cerita korea nampak sedap ja kan? Tapi bila dah rasa, tidak pada aku. haha
Total semuanya : RM97.90. Boleh la kan sekali sekala, dapat jugak merasa makanan korea.


Yang kat bawah ni pulak second time aku pi makan. Tahun lepas jugak. Masa ni aku pi makan alone! Nampak tak betapa independent nya aku? *cehhh. Nak dijadikan cerita actually barang keperluan aku dah habis. Ajak kawan-kawan aku depa tak mau keluar, sebab masa ni dah hujung-hujung sem. So,dengan beraninya aku pi Mid Valley sorang-sorang. Kenapa aku pilih Mid?Untuk pengetahuan, dari UKM memang ada bas untuk ke stesen ktm ukm. Tunggu ja kat bus stop kolej kediaman, lepas tu naik bas sampai stesen ktm ukm. Then, naik ktm turun ke stesen ktm mid valley. Kiranya macam tak takut la sangat. Turun terus kat Mid. Kalau nak ke Mines yang terletak di Serdang, kena berjalan sikit. Memang aku tak berani sorang-sorang. So, aku pun pi la mid valley. Dah alang-alang tu, aku singgah lunch di Dubu Dubu. Nak cuba menu lain pulak.

Rasa macam loner pulak masa ni. hahah
Nak makan bibimbap ni, gaul ja semua sekali. Macam dalam cerita korea tu haa.

Dol Sot Bibimbap Chicken (set) - RM18.90. Kali ni aku makan bibimbap ( dalam tu ada nasi dengan sayur-sayur, telur mata,kimchi dan digaul dengan sos sambal tu). Lama dah kempunan nak makan, dok tengok cerita korea telan air liur ja. Dah makan ni, lama-lama rasa muak sikit, sebab banyak kimchi dan sayur yang lain. Ayam sikit ja. Overall, boleh la buat merasa sekali.

Peach tea - RM6.90. Sedap!

Total : RM29.95

Sebelum ada yang tanya, halal makan kat sini. Ramai jugak yang dah review pasal restoran ni. Kalau ada teringin nak mencuba makanan korea, boleh la singgah di :

Dubu Dubu Seoul Food Restaurant
Mid Valley
LG-048, Lower Ground Floor,
Mid Valley Megamall ,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.

Tel / Fax: 03-2287 8980

Dubu Dubu ni bukan ada kat Mid saja, kat cawangan lain pun ada. Boleh rujuk pada website di atas. Sekian.


^_^