Friday, February 13, 2015

Giveaway Lepas Exam

Assalamualaikum.

Klik banner untuk join. Good luck. ^^

Salam Takziah

Assalamualaikum.


Daripada Allah kita datang. Kepada Allah kita pergi. Semoga roh Tok Guru Nik Aziz dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Thursday, February 12, 2015

Pengalaman naik kuda

Assalamualaikum.

Dah berkurun aku pi, baru sekarang nak cerita kat blog. Nak update blog pun malas. Hishh. Anak dara sapa la ni. Haha.

Okay nak habaq jugak la kan dengan rasminya sekarang aku dah tergolong dalam golongan yang ada smartphone.yeehaa. haha. akhirnyaa. Selama ni dok pakai hp keypad ja. Insta pun kadang2 aku pinjam hp mama aku. Follow guna lappy ja. Tu yang kadang2 orang add kat insta aku ambik masa yang lama nak approve. Entri ni pun aku update guna smartphone. So kalau ada typing error tu buat pejam mata ja la naa. Hehe

Okay. cukup dah kot intro *tak dak kena mengena dengan tajuk.

Khamis lepas jabatan aku ada buat aktiviti berkuda. Tapi dak la  menunggang macam dalam movie koboi tu. Joy ride dengan naik kereta kuda ja. Tapi tu pun dah rasa syok dah sebab yala kan. Orang tak pernah naik kuda lain sikit excitednya. Hehe. Okay la.jom layan gambaq.

Ni orang panggil joy ride. Ada orang yang akan guide kuda tu. Sesuai sgt untuk first timer macam aku ni.

Haa. Nampak dak? Guna kerusi ja untuk panjat. masa ni memang kena naik dari kiri kuda tu. And satu lagi, kita tak boleh lalu belakang kuda tau sebab satgi tak pasai2 kena tendang dengan kuda plak. *katanya. Awai2 masa nak naik ni dup dap jugak la.tapi nasib la kuda tu jinak. lagi satu masa dok atas kuda tu kita kena relax ja dan pandang ke hadapan. Postur badan pun kena tegak.

Haa ni la dia kuda yang menampung berat aku yang overweight tadi. Nama dia romeo. Memang jinak sangat. Good boy. * eh horse. tapi kan mata kuda memang camtu ka? Sedih dan sayu ja mata dia. Haha

ni pulak gelanggang untuk orang yang dah cekap boleh la tunggang kuda sendiri. 

Ni pulak kereta kuda yang kami naik. bro kuda ni habaq yang kuda ni kuda race. bukan kuda yang khas untuk kereta kuda. Tapi dia kata kuda ni kena trained dulu sebab mindset dia untuk race ja. Sebab tu la maasa kami naik ni boleh tahan laju gak kuda ni. 
Overall memang pengalaman baru bagi aku. Best jugak buat aktiviti jabatan camni. Sambil release stress sambil merapatkan hubungan silaturrahim dengan rakan2 sekerja. Tak dak la kena mengadap muka foreigner ja kan. hahaha

Tapi seronok2 pun malang tak berbau sebab masa haritu kaki aku terseliuh sebab langkah parit. Kaki yang sama jugak kena masa 2 tahun dulu. adoi. Tu la kan. Orang tua2 cakap jangan dok syok sangat. Tapi alhamdulillah dah seminggu kaki aku dah okay.

 Oh ya. Kat sini pun depa ada buat class menunggang kuda. Rm200 untuk student/anak staf, rm400 untuk staf dan rm500 untuk orang luaq. Semua ada 8 sesi. Depa akan ajaq sampai kita boleh tunggang kuda sndiri. Nak sewa kereta kuda pun boleh jugak kat sini. Tapi harga tak ingat.

Kepada yang berminat boleh mai tanya kat uum sendiri. Berkuda ni pun sunnah nabi tau.

Okay dah la kot. Selamat berhujung minggu semua! ^_^


Saturday, February 7, 2015

Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik

Assalamualaikum.

http://www.opzzpinky.my/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN!
Pilihan warna : No. 4

Good luck!

TAMAT : 7 FEBRUARY 2015

Friday, February 6, 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum.


Selamat berhujung minggu kawan-kawan semua! Semoga sentiasa di bawah jagaan-Nya.

^_^

Monday, February 2, 2015

Makan-makan

Assalamualaikum.

Masuk minggu ni dah 3x kami buat bbq kat rumah. Sekali sekala bersantai kat luaq sambil berbbq dengan family pun best gak tau. 

Bbq sate ayam. kami beli isi ayam lepas tu perap dengan sos bbq ja. Bebola pun ada. Tapi lupa nak snap pulak.

Salad.

Pizza pun order jugak. Nasib baik family aku kuat makan.hehe

Kami ambik set ni.

Crust tu rasa manis2 pulak. Ingatkan savory macam cheese biasa.hujung crust tu rasa dia macam mexican bun cheese pulak. Tapi overall okay ja. Sedap jugak la.

Hampa pulak camna? Dinner apa? ^^


^_^